Keselamatan dan keselesaan di tempat kerja sama penting dengan mana-mana tempat yang lain. Agak malang, tidak ramai yang mempunyai kesedaran berkenaan perkara penting seperti ini. Ianya disebabkan beberapa faktor termasuk persekitaran yang merangkumi gaya hidup, kesihatan keluarga, kedududkan kewangan serta masa lapang.
Istilah yang lazim digunakan di tempat kerja adalah ‘stres’. Tekanan ini boleh disesbabkan oleh pelbagai faktor dan pada kebiasaannya, tekanan tersebut tidak ditinggalkan di tempat kerja seperti yang sepatutnya berlaku. Ia dibawa pulang ke rumah, ke tempat pesta, perjumpaan sosial dan di mana-mana dan kita dapat melihat kesannya terhadap orang lain hanya dalam beberapa minit.
Justeru, berapa ramai dari kalangan kita yang menyedari bahawa kita terdedah dengan tekanan yang berkaitan dengan tempat kerja? Dalam masa sama, kita juga acap kali membaca dan mendengar saranan dari kumpulan pakar supaya ‘jangan bawa pulang kerja’. Namun, adakah keadaan ini betul-betul terpalit kepada kita hari ini terutama apabila kita terpaksa bekerja dari rumah (WFH)?
Malangnya, ia tidak semudah apa yang difikirkan. Tahap tekanan di tempat kerja, meskipun berbeza-beza, biasanya ia agak tinggi dan apabila anda bekerja dari rumah, secara sengaja atau tidak, anda mungkin menyalurkan tekanan tersebut kepada keluarga atau orang di sekeliling.
Tambahan pula, jika seseorang tidak dapat mengenal pasti gejala tekanan yang teruk, perkara ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti kegelisahan, kemurungan, maslaah kemarahan dan sebagainya.
Organisasi yang memberi tumpuan terhadap permasalahan ini akan memberikan kelebihan kepada mereka jika memberi perhatian kepada polisi berkenaan kesihatan mental, sistem komunikasi, memberi kesedaran, dan menyediakan mekanisme bantuan kendiri bagi mengatasi masalah tersebut. Akhirnya, amat penting bagi rakan sekerja merasa mudah dan selesa untuk mendapatkan bantuan.