Kemurungan: Mitos dan Salah Tangappan

Kemurungan: Mitos dan Salah Tangappan
Kemurungan: Mitos dan Salah Tangappan

Kemurungan: Mitos dan Salah Tangappan

Menurut satu kajian oleh World Health Organisation (WHO), seramai 264 juta orang mengalami kemurungan. Walaupun kemurungan telah diklasifikasikan sebagai salah satu penyakit global di kalangan masyakat sedunia, ramai yang masih mempunyai tanggapan yang salah mengenai penyakit yang semakin berleluasa ini. Kurang peka terhadap seseorang yang mengalami kemurungan boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada individu tersebut.

Berikut adalah beberapa mitos tentang kemurungan:

 

MITOS #1: Kemurungan bukan penyakit sebenar

Ramai yang menganggap kemurungan hanyalah berkait dengan kesedihan dan kekecewaan. Kemurungan sebenarnya adalah satu ketidakseimbangan kimia dalam otak yang boleh dirawat. Jika keharmonian dan keseimbangan dari segi psikologi, sosial dan biologi tidak dapat dicapai, kesihatan mental seseorang akan terjejas jika tidak mendapatkan rawatan yang betul. Hakikatnya, kemurungan adalah satu penyakit yang benar, dan kamu perlu mendapatkan bantuan dan rawatan secepat yang mungkin.

 

MITOS #2: Kemurungan hanya dialami kaum wanita

Tidak sama sekali. Ini adalah salah faham yang biasa disebabkan oleh keadaan emosi stereotaip yang kurang menentu terhadap lelaki. Walaupun kajian menunjukkan kaum wanita adalah dua kali lebih mungkin untuk mengalami kemurungan, tidak bermakna kaum lelaki sama sekali tidak mengalaminya.

Masyarakat memandang tinggi terhadap lelaki, dan inilah yang menyebabkan mereka yang sedang bergelut dengan masalah mental untuk mendiamkan diri. Kita perlu membiasakan situasi sebegini, supaya kaum lelaki juga boleh tampil kehadapan untuk mendapatkan rawatan dan pertolongan dari pihak-pihak tertentu.

 

MITOS #3: Jangan luahkan perasaan anda

“Mengapa saya perlu meluahkan perasaan tidak puas hati atau kesedihan saya? Ianya hanya akan bertambah teruk.” Ini adalah satu mitos. Apabila anda dapat bercakap dan berkongsi perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai, anda akan berasa lega. Jangan diamkan diri atau pendamkan masalah anda. Ada yang sedia untuk mendengar dan membantu.

 

MITOS #4: Pil antidepresan akan mengubah saya

Anda perlu tahu bahawa pil antidepresan hanya akan mengubah sebahagian daripada pemikiran anda. Ia diperlukan untuk membantu mereka yang mengalami kemurungan dan tekanan dengan lebih baik. Walaubagaimanpun, doktor kamu haruslah menerangkan dengan sebaiknya, kesan sampingan yang akan dialami apabila mengambil pil antidepresan, atau ubat-ubatan yang lain.

 

MITOS #5: Kemurungan tidak boleh dirawat

Ini adalah tidak benar. Kajian menunjukkan ramai individu yang menghadapi tekanan telah menunjukkan reaksi positif selepas menjalani rawatan, samada dengan pengambilan ubat-ubatan, atau dengan sesi kaunseling dan terapi. Jangka masa pemulihan bergantung kepada individu tersendiri. Jadi, jangan mengalah dan menyerah diri jika masa yang diambil untuk pulih lebih lama dari individu yang lain.

 

Kami harap maklumat diatas dapat memberi sedikit pencerahan, dan menjelaskan salah tanggapan masyarakat tentang kemurungan. Jangan sesekali keliru untuk mendapatkan bantuan. Kemurungan boleh menjejaskan jika anda pilih untuk menyepikan diri. Jangan biarkan mitos tentang kemurungan, atau stigma angappan menghalang anda daripada mendapatkan bantuan.

 

Related Posts
X
Hello, you can choose which representative you want to talk to.