Diskriminasi Sosial terhadap Kesihatan Mental

Diskriminasi Sosial terhadap Kesihatan Mental
Diskriminasi Sosial terhadap Kesihatan Mental

Diskriminasi Sosial terhadap Kesihatan Mental

Sering kali, paparan berita dan pautan di media sosial memberikan sokongan menentang diskriminasi bangsa, etnik dan orientasi seksual. Namun, apa yang seolah-olah tertinggal adalah diskriminasi terhadap orang yang mengalami sakit mental. Selain tidak terlalu ketara dan tanpa disedari, ia wujud dalam berbagai bentuk, antaranya, pemprofilan kesihatan mental dan diskriminasi bersistematik. Malahan, usaha atau niat mendapatkan bantuan pakar sakit mental besar kemungkinan dilihat agak bertentangan dengan nilai budaya warga Asia. 

Pada tahun 2021, hampir 9 daripada 10 orang yang mengalami masalah kesihatan mental di UK, telah dicatat mengalami diskriminasi, lantas memburukkan lagi taraf kehidupan mereka. Begitu juga pada tahun 2019, American Psychiatric Association melakukan tinjauan peringkat kebangsaan dan mendapati bahawa kira-kira separuh daripada individu yang berkerja lebih cenderung untuk tidak membincangkan masalah kesihatan mental di tempat kerja kerana takut dipecat jika mereka ingin mendapatkan bantuan.  

Selain itu, kadar pengangguran atau guna tenaga yang tidak penuh adalah lebih tinggi dalam kalangan individu yang mempunyai sakit mental berbanding anggota masyarakat umum. Ramai majikan bertanggapan pekerja yang mempunyai sakit mental sebagai tidak cekapoleh itu, mereka lebih cenderung untuk mendapat gaji yang lebih rendah dan kadar kebolehdapatan pekerjaan berkualiti yang kurang. 

 

Faktor-faktor Diskriminasi Sosial terhadap Kesihatan Mental 

Faktor diskriminasi sosial terhadap orang yang mempunyai sakit mental adalah, antara lain, kurang pendidikan dan gambaran-gambaran negatif yang dipaparkan pihak media. Di Malaysia, gandingan kurang pendidikan dan peranan budaya serta agama yang ketara, telah menyumbang kepada segolongan individu yang masih mempercayai fenomena-fenomena ghaib atau perkara spiritual sebagai etiologi kepada masalah mental. Malang sekalimasih terdapat sebahagian masyarakat Malaysia yang masih cenderung mempercayai alasan khurafat berbanding penjelasan dari sudut perubatan. 

Gambaran yang dipaparkan oleh pihak media yang tidak tepat mengenai pesakit mental juga telah meyumbang kepada diskriminasi. Pada tahun 2020, sebuah kajian telah dilakukan terhadap filem yang  berklasifikasi R yang pertama dan telah beroleh pulangan lebih daripada $1bilion, Joker (2019)Filem ini menggambarkan watak utamanya yang mengalami sakit mental dan kerap berkelakuan ganasTontonan filem ini telah disimpulkan sebagai terkait dengan tahap prejudis tertinggi terhadap mereka yang mempunyai penyakit mental.”. 

 

Kesan-kesan Diskriminasi terhadap Kesihatan Mental 

Ramai individu cenderung mengelak atau menangguhkan niat untuk mendapatkan rawatan sakit mental kerana bimbang diberi layanan yang asing atau takut dengan risiko hilang perkerjaan. Tambahan lagi, diskriminasi boleh memburukkan lagi gejala-gejala yang sedia ada dan mengurangkan kemungkinan untuk mendapatkan rawatan. Antara kesan negatifnya termasuklah: 

  • Pemisihan sosial di antara individu dan komuniti. 
  • Kesukaran mencari pekerjaan yang mengakibatkan kesihatan mental dan fizikal yang merudum. 
  • Sifat meragui diri dan rasa benci pada diri sendiri. 
  • Kemisikinan. 

Kesan negatif ini dalam kalangan individu mampu menjurus kepada kemerosotan dan ia boleh terjadi dalam berbagai bentuk. 

  

Mengatasi Diskriminasi terhadap Penyakit Mental 

Pada tahun 2017, National Alliance on Mental Illness (NAMI) telah memperkenalkan beberapa cadangan untuk mengurangkan diskriminasi terhadap penyakit mental: 

  • Pengkongsian tentang isu-isu kesihatan mental secara terbuka melalui media sosial 
  • Mempromosi pendidikan mengenai kesihatan mental dalam diri sendiri dan orang lain serta bertindak balas secara rasional terhadap kesalahan fahaman dengan berkongsi fakta dan pengalaman. 
  • Menggalakkan kesamaan di antara penyakit fizikal dan mental. Contohnya, menyokong bahawa keadaan penyakit mental adalah sama parahnya seperti penyakit kanser. 
  • Pamerkan belas kasihan kepada individu yang mengalami penyakit mental 
  • Bersifat jujur tentang rawatan dan membiasakan rawatan kesihatan mental. 

 

Kaji selidik mendapati bahawa salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengurangkan diskriminasi adalah dengan mengenali atau mendekati seseorang yang mempunyai penyakit mental. Setiap individu digalakkan untuk menyuarakan atau berkongsi pengalaman tentang kisah dan cabaran mereka terhadap kesihatan mental. Selain itu, individu yang berpengaruh juga digalakkan untuk turut serta dalam menarik perhatian media massa dalam membiasakan perbualan harian mengenai kesihatan mental, seperti yang diketengahkan oleh Demi Lovato, Dwayne “The Rock” Johnson dan Lady Gaga. Usaha ini sudah pasti memberi kesan yang positif. 

Tanggungjawab terbesar terletak pada majikan, penyelia perumahan dan perkhidmatan serta pihak lain yang bertanggungjawab untuk memastikan persekitaran yang bebas dari diskriminasi terhadap kesihatan mental. Tindakan mengabaikan sifat diskriminasi terhadap seseorang yang mengalami masalah kesihatan mental, sama ada tuntutan hak asasi manusia telah atau belum dibuat, adalah sama sekali tidak boleh diterima 

Jangan biarkan diskriminasi dan ketakutan menguasai diri dan kehidupan anda yang berharga. Sila hubungi kami di ReachOut jika anda memerlukan bantuan. Anda tidak sendirian dalam memerangi diskriminasi terhadap kesihatan mental. 

 

Related Posts
X
Hello, you can choose which representative you want to talk to.