Kesihatan Mental dari Sudut Pandangan Individu Introvet

Kesihatan Mental dari Sudut Pandangan Individu Introvet
Kesihatan Mental dari Sudut Pandangan Individu Introvet

Kesihatan Mental dari Sudut Pandangan Individu Introvet

Covid-19 – tetamu tidak diundang sejak awal tahun 2020 ini telah tinggal secara berlebihan masa di Malaysia. Perdana Menteri pada ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, nekad mengusir penceroboh ini keluar dari negara kita. Sebelum terhasilnya vaksin untuk mengusir penceroboh ini, Perdana Menteri kita gegas dalam melaksanakan langkah berjaga-jaga demi kesejahteraan rakyat. Beliau memperkenalkan ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) yang membolehkan hanya para petugas barisan hadapan untuk beraksi dalam mengawal selia keadaan pada ketika itu. Rakyat jelata jugak diarah memberi kerjasama agar terus kekal di rumah dan mendoakan yang terbaik untuk negara kita. 

 

Tatkala itu, ramai individu yang menjadi bertambah gusar dan panik, malah ada yang mengalami gangguan mental akibat perintah berkurung yang berpanjangan. Namun begitu, ada kelompok individu yang lebih dikenali sebagai ‘Introvet’, menganggap situasi ini ibarat syurga, malah merasakan inilah yang dinamakan “percutian sebenar” yang diidam-idamkan. Mana tidaknya, mereka tidak perlu ke pejabat untuk bekerja. Tidak perlu ke sekolah. Tidak perlu bersemuka dengan orang. Terus menyendiri – mereka dengan imaginasi dan idea-idea mereka.   

 

Adakah anda seorang Introvet?  

 

Ramai individu yang ingin tahu bagaimana seseorang itu boleh mengenal pasti yang dirinya adalah introvet? Adakah mereka perlu berjumpa dan mendapatkan pengesahan Pakar Psikologi? Tidak semestinya! Introversi bukanlah suatu kecelaruan personaliti. Anda tidak memerlukan pengesahan dari doktor. Malahan, anda boleh dikategorikan sebagai seorang introvet sekiranya anda memenuhi kriteria di bawah: 

  • Anda suka mengasingkan diri dan kerap bersendirian. 
  • Anda tidak suka berkerja secara berkumpulan. 
  • Anda mudah berasa penat jika berada dalam kelompok orang ramai yang memerlukan anda untuk mendapatkan semula tenaga di kemudian hari. 
  • Anda lebih suka berkomunikasi dengan individu lain menggunakan khidmat pesanan ringkas (mesej) atau e-mel, berbanding panggilan telefon atau mesyuarat secara atas talian, contohnya aplikasi Zoom.  
  • Anda mempunyai jumlah kawan yang sedikit dan mereka ini sahajalah yang penting buat anda. 

 

Senarai ini tiada berpenghujung. Pada dasarnya, anda cenderung untuk tidak melakukan perkara-perkara yang digemari oleh kelompok ekstrovet. Walau bagaimanapun, terdapat salah faham terhadap golongan introvet ini, iaitu reaksi atau tingkah laku mereka dalam bersosial. Anda mungkin disifatkan sebagai seorang yang pemalu, malah membenci sesetengah orang. Namun tetapi, ini hanyalah sekadar tanggapan. Walau sepenat mana pun anda berasa ketika berada dalam sekumpulan orang ramai, atau perasaan tidak suka berkerja secara berkumpulan yang menebal, anda masih ingin dan mahu beriadah bersama kawan-kawan, malah sudi untuk bertemu seseorang yang baru. Cuma satu, anda tidak suka jika dipaksa untuk melakukan perkara-perkara tersebut. 

 

Antara cabaran untuk golongan Introvet 

 

Terjemahan yang memetik kata Ben Parker – “Makin besar kuasa anda, makin besar tanggungjawab yang harus dipikul.” 

 

Para introvet, kekuasaan anda digelar: “THE PHANTOM CLOAK” atau jika diterjemahkan, bermaksud “Jubah halimunan”. Anda boleh ‘menghaibkan diri’ baik secara samar ataupun sepenuhnya, walau sedang berada ditengah-tengah kelompok orang ramai. Anda berpotensi untuk dilupakan atau sering ketinggalan.   

 

Tambahan lagi, anda BENCI bermesyuarat dan seratus peratus BENCI dengan sesi suai kenal. Ia adalah contoh terbaik yang sering dialami oleh golongan introvet, baik di sekolah mahupun di tempat kerja. Siapa yang menduga sesi suai kenal itu wajib ada dalam senarai penting untuk dilaksanakan? Oh! Siapa lagi kalau bukan golongan ekstrovet. 

 

Mesyuarat  

Bagi golongan introvet, mesyuarat itu begitu mencabar. Alasannya, tidak seperti golongan ekstrovet yang berupaya untuk berkembang maju dalam berinteraksi. Ini bermakna, golongan introvet ini tidak berseni dalam mendekati orang yang tidak dikenali dan terus rancak berborak seumpama telah lama mengenali orang itu. Bayangkanlah, anda berada dalam sebuah mesyuarat yang julung kali anda hadiri kerana anda merupakan seorang pekerja baru, kemudian Pengurus Projek bertanyakan idea-idea secara spontan dan semua yang hadir pada mesyuarat itu meyuarakan idea mereka, kecuali anda. Ia pasti membuatkan anda berasa sangat kecewa pada masa itu, kerana minda anda seumpama kosong akibat terlalu cemas. Hal ini mungkin juga disebabkan kesukaran yang dihadapi gologan introvet untuk berfikir secara spontan. Anda sering memerlukan masa untuk berfikir. 

 

Sesi suai kenal   

Ini merupakaan saat paling menggemuruhkan buat golongan introvet. Ia ibarat melangkaui batasan buat anda. Tambahan lagi, anda sering merasakan yang diri anda diberikan sepenuh tumpuan ketika sedang bercakap. Anda tidak suka apabila fokus dihalakan kepada anda untuk perkara-perkara sebegini. Sesi suai kenal sepatutnya adalah suatu aktiviti yang ringkas. Anda seharusnya berfikir secara pantas. Fikirkan antara topik yang mungkin disukai oleh individu itu untuk diajak berborak. Mungkin sesetengah topik boleh membuatkan individu itu berasa bosan atau lebih teruk lagi menyebabkan individu itu berasa tidak selesa. Jika dilihat, terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran anda sampaikan tidak satu pun idea yang terfikir untuk diketengahkan ketika berinteraksi. Semuanya disebabkan oleh perasaan cemas dan tidak mahu merosakkan sesi suai kenal tersebut, namun dibuat juga kerana tiada pilihan lain. 

 

Bagaimana jika hendak membantu introvet? 

 

Bantu golongan introvet dengan: 

  • Memberitahu dan mengingatkan kami tentang apa yang hendak dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang, supaya kami boleh bersiap-sedia. 
  • Memberi kami masa untuk berfikir. Jangan memaksa. 
  • Bersifat positif ketika kami sedang bercakap. 
  • Memberikan kami masa untuk menyesuaikan diri dengan yang lain dan sedikit demi sedikit kami akan beransur selesa – atau dalam erti kata lain, hentikanlah sesi suai kenal ini! 

 

Kadangkala, tergolong dalam golongan introvet ini bukannya sesuatu yang sentiasa mudah. Ada masanya kami berasa terlalu penat dan tidak bermaya apabila berada dalam sekumpulan individu, terutamanya golongan ekstrovet. Ia mungkin mengguris perasaan sesetengah pihak, namun, golongan introvet agak sukar untuk menjalinkan persahabatan, malahan, kami sering ‘diterima masuk’ oleh golongan ekstrovet. Sejujurnya! Kami hanya memerlukan sedikit masa untuk menyesuai dan membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. 

 

Natijahnya, introvet dan ekstrovet adalah umpama Yin dan Yang. Atau meminjam kata Thanos: “semua perkara hendaklah seimbang dengan sempurna”.  

 

Jika anda merasakan yang diri anda adalah seorang introvet, dan anda memerlukan seseorang untuk bercakap dan memahami diri anda serta apa yang sedang anda lalui, hubungilah kami di ReachOut. 

Related Posts
X
Hello, you can choose which representative you want to talk to.