Pengambilan:

Atas Permintaan

Yuran:

RM 2,500
(Subsidi penuh)*

*Tertakluk kepada terma & syarat

Tempoh:

5 hari (Kelas)
2 bulan (Sesi bimbingan)

Penganugerahan oleh:

Reliance College

Mod pembelajaran:

Kuliah, Latihan, Demonstrasi dan Kelas Bimbingan Amali

Adakah anda bersedia untuk menukar minat kulinari anda kepada bidang keusahawanan? Reliance Gerai membekalkan anda dengan kemahiran kulinari asas, sumber dan peluang untuk menguruskan gerai makanan atau perniagaan anda sendiri.

Mengapa pilih Reliance Gerai?

Peningkatan Kemahiran

Peroleh kemahiran amali kulinari yang memberi keupayaan kepada anda untuk berjaya mengendalikan perniagaan makanan sendiri.

Pemerkasaan Keusahawanan

Mengukuhkan semangat keusahawanan dan membolehkan anda untuk menjana pendapatan melalui perniagaan makanan.

Bimbingan Perniagaan

Bimbingan akan diberikan selama 2 bulan (4 sesi) selepas penubuhan GERAI, dengan merangkumi panduan perniagaan dan latihan seni kulinari.

Apa yang akan anda perolehi?

Peningkatan Kemahiran

Latihan menyeluruh dalam seni kulinari dan pengurusan perniagaan asas, merangkumi persediaan makanan, penyajian, perkhidmatan pelanggan, penyusunan bajet, dan pengurusan inventori.

Penyediaan Sumber

Anda akan menerima peralatan lengkap untuk persiapan gerai bagi mengelakkan sebarang pelaburan awal.

Panduan Pemilikan Lesen

Bantuan pengurusan perundangan akan diberi untuk memudahkan proses permohonan lesen perniagaan.

Apa yang akan anda pelajari?

Sijil Perniagaan Kulinari Skala Kecil

Anda akan meneroka dunia keusahawanan makanan pada skala yang kecil, dimana kreativiti kulinari tidak mempunyai batasan. Sijil ini akan mengajar anda cara untuk mengubah minat anda terhadap masakan menjadi perniagaan yang maju. Dari trak makanan sehingga katering peribadi, anda akan belajar mengenai landskap yang pelbagai dan dinamik dalam perniagaan kulinari di skala kecil. Anda juga akan mempelajari bagaimana perniagaan anda dapat mendorong pertubuhan ekonomi dan hubungan sosial dalam komuniti anda.

Latihan Perniagaan Intensif

Teori

  • Asas Pemasaran - 4P
  • Prosedur Pendaftaran Perniagaan
  • Pemasaran melalui Media Sosial
  • Asas Perakaunan Berkala
  • Strategi Penentuan Harga Produk

Latihan Intensif Seni Kulinari

Amali

  • Nasi Lemak dan 1 hidangan sampingan
  • Karipap
  • Sate dan hidangan sampingan
  • Laksa dan hidangan sampingan
  • Idea – Makanan “Viral”

Pakej Tetap

Bernilai RM500

  • Bunting / Banner
  • Yuran pendaftaran SSM
  • Suntikan Typhoid
  • Latihan keselamatan dan kebersihan makanan
  • Kanopi 8x8

Pakej Peralatan Perniagaan

Bernilai RM500

  • Pek Permulaan – Nasi Lemak*
  • Pek Permulaan - Satay*

Bernilai RM200

  • Pek Permulaan Laksa*
  • Pek Permulaan Karipap*
*Tertakluk kepada terma dan syarat

Syarat-syarat & Peraturan – Semasa Operasi Perniagaan

Anda perlu:

  • Memastikan kualiti dan kebersihan di kawasan perniagaan makanan anda terjaga.
  • Memaparkan lesen dan permit yang sah.
  • Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang baik dan efisien.
  • Mengekalkan standard kebersihan makanan yang cemerlang.
  • Bertanggungjawab terhadap sebarang kelalaian yang timbul semasa operasi.

Register Now!


    © 2024 All Rights Reserved, Project Entrepreneur.

    © 2024 All Rights Reserved Reliance

    X
    Hello, you can choose which representative you want to talk to.