Saya dan Kesihatan Mental

Saya dan Kesihatan Mental
Saya dan Kesihatan Mental

Saya dan Kesihatan Mental

Kesihatan mental dan fizikal adalah sama penting. Rawatan diperlukan sekiranya berlaku kecederaan atau kesakitan. Misalnya, apabila seseorang demam atau mengalami sakit kepala yang teruk, pesakit akan segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Namun, berbeza dengan kesihatan mental, pesakit biasanya akan memilih untuk mendiamkan diri berbanding mendapatkan bantuan daripada pihak yang sepatutnya.

Namun demikian, kita sememangnya hidup dalam persekitaran yang kurang empati sesama manusia, dan penuh dengan sikap prasangka buruk, tanpa menyelidik terlebih dahulu. Kita perlu ingat, yang hidup ini adalah tentang diri kita sendiri, dan kita perlu menghargainya.

Kita tidak perlu merasa malu jika kesihatan mental tidak berada pada tahap yang terbaik, kerana sebagai manusia, kita tidak mampu untuk mengelakkan diri daripada perasaan negatif serta kekecewaan. Apabila kita mendapat bantuan yang betul dengan segera daripada pakar, sudah pasti kita dapat mengatasi masalah tersebut.

Di sekeliling kita juga, akan ada seseorang yang sedia untuk mendengar keluhan kita tanpa sebarang prasangka. Kesihatan mental amatlah penting. Oleh itu, kita perlu memelihara tahap kesihatan mental yang optima untuk memastikan kualiti hidup yang terbaik.

 

Related Posts
X
Hello, you can choose which representative you want to talk to.